Thursday, November 27, 2008

PERATUSAN DAN PENILAIAN ANALISIS 50 LAMAN WEB YANG BERKAITAN

Huraian di bawah menunjukkan peratusan setiap kriteria standard pemikiran yang telah dianalisis terhadap 50 buah laman web yang berkaitan dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran (P&P). Peratusan dan ulasan bagi setiap kriteria standard pemikiran adalah seperti berikut:

Carta Pai


Kejelasan (80%)

Terdapat sebanyak 40 buah laman web yang menepati kriteria kejelasan kerana mempunyai maklumat yang diberikan sangat jelas, maklumat mudah difahami, tidak wujud sebarang ketidakjelasan dan terdapat contoh yang jelas. Manakala terdapat sebanyak 10 buah laman web yang lain tidak menepati kriteria kejelasan kerana kejelasan pada tahap sederhana, masih ada kekurangan, memerlukan penjelasan yang lebih lanjut. Namun demikian, terdapat juga penjelasan yang dapat digunakan dan diambil kira.



Ketepatan (84%)

Terdapat sebanyak 42 buah laman web yang menepati kriteria ketepatan kerana mempunyai maklumat yang tepat dan benar, tidak wujud sebarang ralat dan keraguan dan kebenaran maklumat disokong oleh sumber yang sahih. Manakala terdapat sebanyak 8 buah laman web yang lain tidak menepati kriteria ketepatan kerana ketepatan pada tahap sederhana, masih ada ralat walaupun sedikit, memerlukan maklumat yang tepat, kebenaran maklumat masih disokong oleh satu sumber yang benar. Namun demikian, terdapat juga ketepatan maklumat yang boleh digunakan dan diambil kira.



Terperinci (30%)

Terdapat sebanyak 15 buah laman web yang menepati kriteria terperinci kerana maklumat dinyatakan dengan terperinci dan spesifik dan maklumat dapat menjawab semua persoalan yang berkaitan dengan tajuk. Manakala 35 buah laman web yang lain tidak menepati kriteria terperinci kerana maklumat tidak dinyatakan dengan terperinci, penerangan sangat ringkas, memerlukan huraian yang lebih terperinci dan penerangan tidak dapat menjawab persoalan yang diutarakan.



Logik (98%)

Terdapat sebanyak 49 buah laman web yang menepati kriteria logik kerana mempunyai maklumat yang dinyatakan masih munasabah dan boleh diterima, masih ada kekurangan, terdapat juga ketidak selarasan maklumat di perenggan pertama hingga terakhir dan maklumat yang diperkatakan berdasarkan bukti yang masih samar. Manakala sebanyak sebuah laman web yang lain tidak menepati kriteria logik kerana masih ada kekurangan, terdapat juga ketidak selarasan maklumat di perenggan pertama hingga terakhir dan maklumat yang diperkatakan berdasarkan bukti yang masih samar.



Releven (98%)

Terdapat sebanyak 49 buah laman web menepati kriteria releven kerana maklumat yang diberikan mempunyai perkaitan dengan isu yang dibincangkan dan maklumat yang dinyatakan dapat membantu menangani isu tersebut. Manakala sebanyak sebuah laman web yang lain tidak menepati kriteria releven kerana mempunyai maklumat yang diberikan mempunyai perkaitan yang kurang jelas dan relevan dan masih tidak dapat menangani sesuatu persoalan.



Mendalam (54%)

Terdapat sebanyak 27 buah laman web yang menepati kriteria mendalam kerana maklumat yang diberikan sangat mendalam, tidak wujud sebarang ketidakfahaman dan maklumat yang diberi dapat menjawab persoalan yang ditanya. Manakala sebanyak 23 buah laman web lagi tidak menepati kriteria mendalam kerana maklumat yang diberikan tidak mendalam, maklumat dan huraian masih lagi kabur dan aklumat yang diberikan hanya dapat menjawab sebahagian sahaja persoalan.



Luas (98%)

Terdapat sebanyak 49 buah laman web yang menepati kriteria keluasan kerana mempunyai maklumat yang diberikan sangat meluas dan mengambil kira semua aspek yang berkaitan dengan isu. Manakala sebanyak sebuah laman web yang lain tidak menepati kriteria keluasan kerana mempunyai maklumat masih tidak meluas dan maklumat hanya mengambil kira sesetengah aspek sahaja.



Signifikan (80%)

Terdapat sebanyak 40 buah laman web yang menepati kriteria signifikan kerana penulis mengetahui akan hakikat sebenar kepentingan dia menulis, penulis mempunyai matlamat yang jelas dalam penulisannya dan penulis mengemukakan fakta-fakta yang penting dan berguna sahaja. Manakala terdapat sebanyak 10 buah laman web yang lain tidak menepati kriteria signifikan kerana matlamat penulis dalam penulisan masih lagi samar-samar dan tidak begitu mengetahui akan kepentingan suatu isu yang diperbincangkan.



Adil (100%)

Terdapat 50 buah laman web yang menepati kriteria adil kerana mempunyai maklumat yang diberikan tidak memihak kepada mana-mana pihak dan maklumat bersifat umum dan global.



Hikmah (100%)

Terdapat sebanyak 50 buah laman web yang menepati kriteria hikmah kerana mempunyai maklumat berpandukan kepada Al-quran dan hadis, menggunakan sumber yang muktabar dan menyatakan perawi atau sumber perolehan suatu hadis dengan jelas.



No comments: