http://ummuhani.com/?p=180

TAMAN ILMU DAN BUDI
Konsep Taman Ilmu dan Budi bertujuan untuk menyemai dan memupuk budaya berpengetahuan dan menjadi perantara kepada khalayak umum dengan melayarkan delegasi paparan ilmiah dan intelektual kearah melahirkan mukmin yang bersahsiah dan mempunyai nilai–nilai murni. Ini sejajar dengan saranan dan ajaran Islam untuk menyuburkan budaya budi pekerti dan etika kehidupan yang tersusun.
Laman Nurani merupakan salah satu projek Ilmiah 2008 yang telah diamanahkan untuk direalisasikan sebagai laman yang akan dapat menyediakan bahan dan maklumat tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk yang telah dipilih. Ianya bertepatan dengan pengkhususan bidang pengajian yang dipelajari dan laman ini akan dapat direalisasikan sebagai wadah dan tautan ilmiah yang dapat membantu khalayak umum untuk menimba ilmu pengetahuan tentang asas akidah Islam sebagai teras pegangan hidup daripada pelbagai laman web yang berkaitan. Salam kejayaan!!
No comments:
Post a Comment